TENTANG KAMI


InSmartive merupakan akronim kepada tiga perkataan Inggeris iaitu Intelligent (PINTAR), Smart (KETRAMPILAN) dan Creative (KREATIF).
Sejak awal penubuhannya sebagai sebuah pertubuhan mahasiswa yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang (UMP), InSmartive mendukung tiga teras utama iaitu KAUNSELING, KEPIMPINAN dan KESUKARELAWANAN.
Ketiga-tiga teras tersebut mendasari skop perkhidmatan latihan dan perundingan yang ditawarkan oleh InSmartive kepada sasaran kliennya. Produk perkhidmatan InSmartive direkabentuk khusus menurut keperluan klien dengan modul yang dirumus berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan PPPM (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang dijajarkan dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 dan agenda Universiti Komuniti.
Selaras dengan sifatnya sebagai sebuah learning organization, InSmartive mensasarkan keseimbangan pulangan manfaat daripada perkhidmatan latihan dan perundingannya kepada klien dan para ahlinya yang terlibat secara langsung dalam menggerakkan projek dan inisiatif yang berkaitan.
Justeru, teras KAUNSELING, KEPIMPINAN dan KESUKARELAWANAN yang didukung InSmartive bermatlamat memperkaya literasi pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan sasaran penerima manfaatnya melalui aktiviti dan modul pembelajaran interaktif menurut aras keperluan mereka berdasarkan enam ASPIRASI UTAMA iaitu PENGETAHUAN, KEMAHIRAN BERFIKIR, KEMAHIRAN KEPIMPINAN, PROFISIENSI DWIBAHASA, ETIKA DAN KEROHANIAN serta IDENTITI NASIONAL.
Oleh yang demikian, projek dan inisiatif yang mendasari perkhidmatan latihan dan perundingan InSmartive direkabentuk dan dirumus menurut konsep KESUKARELAWANAN PENDIDIKAN (EduVolunteerism) dengan pakej khusus seperti Projek Kilauan Mutiara, Kem Interaksi Pemimpin Muda, Projek Titik Sentuhan, Smart Reach Out, Semaian Kasih, Semaian Budi dan Semaian Subur.


"Kesukarelawan Pendidikan"


SEJARAH KEJAYAAN:

1. Finalis Ikon Varsiti Berita Harian 2012.
2. Anugerah Kelab Terbaik UMP 2013.
3. Anugerah Penasihat Terbaik 2013.
4. Anugerah Kelab Terbaik UMP 2014.
5. Anugerah Sanjungan Individu (khidmat komuniti) 2013.
6. Wan Helmy Zain (2014, May). Smart Reach Out Project @ Yogyakarta. Poster session    
    presented at the NAFSA Annual Conference and Expo, Boston, Massachusetts.
7. Wan Helmy Zain (2015, May). Smart Reach Out Project @ Cambodia. Poster session
    presented at the NAFSA Annual Conference and Expo, San Diego, California.


IKUTI KAMI DI:

2) Twitter : https://twitter.com/InSmartive
3) YouTube : https://www.youtube.com/user/insmartiveump



Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews